THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Jom Belabun Kome...

Sila ke http://sahabatperakfm.net/ untuk maklumat terkini dan belabun


29 Disember 2009

WEBSITE RASMI SAHABAT PERAK FM



Kami telah berpindah !!!

Layari


sahabatperakfm.net



untuk mengetahui perkembangan terkini...

22 November 2009

MESYUARAT JK PENAJA SAHABAT PERAK FM KALI KE-2










Pada Sabtu yang lepas bertempat di Pejabat ADUN Manjoi telah diadakan mesyuarat JK Penaja Kelab Perak FM kali ke-2. Selain AJK-AJK yang dilantik, mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh wakil-wakil daerah. Antaranya dari Selama. Kampar dan Gerik.

Mesyuarat kali ini memperbincangkan tentang perlembagaan kelab yang akan diusulkan kepada pihak ROS dan program-program kelab selepas ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada 1800H dan akan diadakan lagi pada tarikh yang ditetapkan kemudian.

08 November 2009

SELAMAT DATANG SAHABAT PERAKFM

untuk kome ajer....



Kelab Sahabat Perakfm ditubuhkan dengan satu tujuan iaitu merapatkan lagi hubungan antara Pendengar dan Juruhebah Radio Malaysia Perakfm disamping dapat sama sama menjalankan pelbagai aktiviti aktiviti di setiap daerah di Negeri Perak Darulridzuan yang terdiri dari 10 daerah kesemuanya.Dengan adanya Kelab Sahabat Perakfm ini dapat menghubungkan sahabat dan pendengar dengan cara terkini melalui teknologi ICT menerusi sistem facebook,tagged, YM,Skype,MMS,email dan sudah pastinya bloq yang begitu popular ketika ni.

Sehingga kini bilangan sahabat Perakfm ialah 37212 orang mengikut sistem pendaftaran sahabat yang diseliakan oleh sistem SMS DAPAT (32728).Dengan adanya Kelab Sahabat Perakfm ini dapatlah kita menjalankan pelbagai aktiviti aktiviti disetiap daerah negeri Perak yang akan melibatkan Sahabat dan Juruhebah Radio Perakfm